Thursday, May 27, 2010

MAKLUMAT TERKINI PEMBINAAN SURAU VILA SURIA

Tapak cadangan pembinaan surau Vila Suria ialah di Jalan A23 (seperti dalam gambar). Menurut Ustaz Azzahar b. Abdul Aziz (Pengerusi J/K Pembinaan Surau Vila Suria) pemohonan untuk mendapat kebenaran bagi membina sebuah surau di tapak yang dinyatakan telahpun diluluskan oleh Pejabat Mufti Kerajaan N. Sembilan. Proses seterusnya adalah untuk merizabkan tanah tersebut yang mengambil masa sekurang-kurangnya satu tahun (berdasarkan pengalaman lalu). Sementara menunggu proses tersebut, surat kebenaran untuk mengutip derma bagi tujuan pembinaan akan dihantar ke Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, Jabatan Agama Negeri Sembilan. Di samping itu, pihak J/K juga akan mengemukakan permohonan kepada Bahagian Pembangunan Negeri SUK, bagi tujuan memohon peruntukan.
**Pihak Persatuan Vila Suria mengucapkan terima kasih kepada J/K Pembinaan Vila Suria kerana usaha gigih mereka bagi melihat pembinaan surau dapat direalisasikan. Pihak Persatuan berharap semua penduduk Vila Suria yang beragama Islam dapat menyokong usaha murni ini dengan sama-sama memberi sumbangan/sedeqah/wakaf agar surau kita dapat dibina dalam masa yang cepat**.
Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa-apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat) pada hal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu) kecuali dengan memejamkan mata padanya. Ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji (Al-Baqarah 3: 267)".
"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui "(al-Imran 4: 92).
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud" Apabila mati seseorang manusia maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sadaqah jariah (wakaf), ilmu yang memberi manfaat atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya" (Hadis Riwayat Muslim).
Untuk keterangan lanjut pembinaan surau hubungi:

Ustaz Azzahar Abd Aziz
No. 665, Vila Suria.
E-Mel: azzaharaziz@gmail.com

Sunday, May 23, 2010

INFO KEKELUARGAAN

Menurut Dr. Fauzi Ismail (Pakar Psikiatri Kanak-Kanak & Remaja Hospital Selayang)

Anak perlukan :

1. Kasih tanpa syarat
( unconditioned love )
2. Bimbingan yang bersesuaian
( appropriate guidance )
3. Ajaran disiplin
( instructive discipline )
4. Sekitaran yang selamat & menyakinkan
( safe & secure surrounding )
5. Masa untuk bermain
( time to play )

AJARAN DISIPLIN

I. Perlu tegas bukan keras
II. Kritik tingkahlaku yang salah
- bukan kritik anak !
III. Jelaskan kenapa tindakan disiplin dikenakan
IV. Bincang tentang perasaan anda mengenai kesalahan yang dilakukan

MASA UNTUK BERMAIN

Bermain mengajar anak:

- berinteraksi
- menjadi kreatif
- menjadi pemimpim
- menjadi pengikut
- semangat berpasukan
- mempraktikan kawalan diri

KEBERSIHAN DAN KECERIAAN VILA

Penduduk Vila Suria diminta untuk menjaga kebersihan persekitaran TAMAN bagi menjaga identiti Vila Suria yang bersih, harmoni dan conducive. Untuk mencapai matlamat ini, kerjasama pemilik diharapkan bagi mempastikan agar sampah sarap tidak bertaburan di sana sini dan persekitaran rumah dapat diurus dengan cara yang baik. Fahami makna tersurat dan tersirat dari Hadis ini:

Rasulullah bersabda:

“Aku lihat seorang lelaki sedang bersiar-siar di dalam syurga kerana sebatang pokok yang dipotongnya di tengah-tengah jalan, yang mana pokok tersebut sering menyusahkan kaum Muslimin yang lalu lintas di situ".
(Hadis Riwayat Muslim)

CADANGAN@ADUAN

Sekiranya terdapat sebarang cadangan, pandangan atau aduan mengenai mutu perkhidmatan Syarikat Keselamatan, tuan/puan bolehlah e-melkan kepada Pengerusi melalui e-mel abdulhalim_r@yahoo.com atau e-melkan kepada YM Raja Wafa (AJK Keselamatan) kingwafa55@yahoo.com. Pihak Jawatankuasa mengalu-alukan sebarang pandangan atau aduan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan pengawal keselamatan bagi kesejahteraan penduduk Vila Suria.

Wednesday, May 12, 2010

USUL PINDAAN KEAHLIAN

Usul yang dibentang dan diluluskan melalui Mesyuarat Agung Persatuan pada 7 Mac 2010 mengenai pindaan keahlian Persatuan Pemilik Vila Suria telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan untuk kelulusan. Pindaan tersebut ialah:

Fasal 5 KEAHLIAN


(1) Keahlian adalah terbuka kepada Pemilik dan Penduduk Vila Suria Taman Warisan Puteri, Negeri Sembilan yang berdaftar sahaja.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA VILA SURIA 2010-2011

PENGERUSI

Prof Madya Hj. Abdul Halim bin Ramli (636)

NAIB PENGERUSI

En. Mohd. Yusof bin Abdollah (589)

SETIAUSAHA

Pn. Aishawati bt. Saad@Rajak (662)

PENOLONG SETIAUSAHA

Pn. Zanariah bt. Zainuri (549)

BENDAHARI

En. Ahmad Syahril bin Omarudin

AJK KESELAMATAN

Y.M. En. Raja Mohd Wafa bin Raja Nujumuddin (530)

AJK KEBAJIKAN PENDUDUK

En. Mohd Yuzakri bin Yazid

AJK AKTIVITI SOSIAL

En. Ahmad Kamal Bashah bin Ahmad Shafawee (606)
En. Tee Lean Keong (574)

AJK PEMBINAAN SURAU

Us. Azzahar bin Abdul Aziz


*Seluruh AJK dan ahli Persatuan Pemilik Vila Suria mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada AJK Sesi 2009/2010 yang diterajui oleh En. Hamdan bin Sumat kerana sumbangan dan dedikasi mereka terhadap Persatuan dan penduduk Vila Suria di sepanjang tempoh tersebut*.

NOTIS PEMBAYARAN YURAN JULAI-DISEMBER 2010

KEPADA PEMILIK/PENDUDUK VILA SURIA.
Pembayaran Yuran Sekuriti sebanyak RM300 bagi bulan Julai hingga Disember 2010 boleh dibuat mulai awal bulan Julai ini kepada:

EN. AHMAD SYAHRIL BIN OMARDIN (BENDAHARI)
NO. RUMAH 537,
JALAN WARISAN PUTERI A 18

TEL: 019-2522568