Monday, August 23, 2010

BAYARAN YURAN VS JULAI-DIS. 2010

Pihak Persatuan mendapati masih ada pemilik yang belum menjelaskan yuran seperti yang telah ditetapkan. Justeru itu, Persatuan memohon sekali lagi supaya pemilik tersebut menjelaskan bayaran tersebut dengan kadar segera bagi menampung kos bayaran bulanan kepada syarikat sekuriti dan pelaksanaan program yang dirancang. Justeru itu, mulai Ogos ini yuran tersebut boleh juga dibayar melalui Prof Madya Abdul Halim Ramli (No. rumah 636), En. Mohd Yusof (589) dan Pn. Aishawati (662).

Friday, August 20, 2010

Kembali ke rahmatullah...

Vila Suria, Khamis 19 Ogos 2010. Pihak Persatuan VS mengucapkan takziah kepada keluarga Pak Mat, no. rumah 629, kerana anaknda tercinta beliau, iaitu Allahyarham Mohd Radzi (34 tahun) telah kembali ke rahmatullah di rumahnya di Dungun, Terengganu. Jenazah beliau telah dibawa ke VS dan disembahyangkan sekitar pukul 5.00 petang. Jenazahnya disemadikan di perkuburan Makam Syekh Hj. Mohd Said, Sikamat. Semoga rohnya ditempatkan bersama roh para Solihin dan mendapat keampunan dari Allah. Al-Fatihah.

Wednesday, August 18, 2010

vila suria diceroboh lagi....

Vila Suria 17 Ogos. Dipercayai sekitar antara pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, dua buah rumah penduduk Vila Suria telah dipecah masuk. Kedua-dua buah rumah tersebut telah dipecah masuk oleh pencuri dipercayai dilakukan oleh dua orang melalui pintu di bahagian dapur dengan mengunting grill menggunakan cutter. Wakil Persatuan Penduduk VS telah mengunjungi kedua-dua buah rumah tersebut dan membuat kesimpulan bahawa pencuri tersebut telah memerhatikan pergerakan mangsa sebelum melakukan kegiatan tersebut. Persatuan melahirkan perasaan dukacita kerana ia dilakukan di waktu siang dan kedudukan rumah mangsa yang berhampiran dengan taman permainan dan agak terbuka. Persatuan telah mengarahkan pihak keselamatan VS memperketatkan lagi kawalan keselamatan terutama di pintu masuk dan membuat rondaan di kawasan perumahan. Phak Persatuan prihatin terhadap aduan penduduk mengenai mutu kawalan keselamatan dan telah memberi surat peringatan kepada syarikat berkenaan supaya meningkatkan mutu perkhidmatan mereka bagi menjamin keselamatan penduduk. Persatuan memohan kerja sama dari semua penduduk meningkatkan ciri-ciri keselamatan di rumah masing-masing terutama pada cuti panjang hari raya nanti dan sentiasa alert jika ternampak individu dan pergerakan kenderaan yang mencurigakan dengan melaporkan kepada pengawal keselamatan bertugas.