Monday, September 27, 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT VILA SURIA

Tuan/puan Warga Vila Suria,

Pihak Persatuan PVS telah memutuskan akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya pada:

Hari: Sabtu (2 Oktober 2010)
Tempat: Taman Permainan VS
Masa: 4.30 Petang hingga 6.45 Petang.

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput seluruh warga Vila Suria sama Muslim atau non-Muslim bersama-sama memeriahkan Majlis tersebut pada tarikh dan masa di atas.

Pihak Persatuan amat mengharapkan sumbangan kuah muih, makanan atau wang ringgit dari setiap warga VS bagi menjayakan Majlis yang julung-julung kali diadakan.

Pihak Persatuan akan menyediakan beberapa juadah asas seperti satay, lemang, minuman, buah-buahan, nasi empit.
Segala sumbangan makanan boleh dibawa terus ke Majlis tersebut atau menghubungi AJK PVS.
Gotong royong akan didakan pada sebelah petang sebelum Asar. Diharap dapat kerja sama dan partisipasi dari seluruh warga.
"MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"

Friday, September 3, 2010

Takbir pada malam Hari Raya Dan SELAMAT HARI RAYA

Bagi penduduk VS yang tidak pulang berhari raya di kampong, takbir hari raya dari rumah ke rumah akan dimulakan dari rumah Us. Hishamuddin, Jam 9.00 malam (lepas solat Isya'). Rumah seterusnya akan diputuskan melalui perbincangan pada malam tersebut. Untuk maklumat lanjut berhubung perkara tersebut boleh hubungi En. Mohd Yusof (Tim. Pengerusi PPVS) (tel: 0133944017) ATAU Us. Hishamuddin (0196404133)
Dalam kesempatan ini juga seluruh AJK PPVS ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN, SEMOGA AMAL IBADAH DAN AMALAN KEBAJIKAN YANG KITA LAKUKAN SEPANJANG RAMADAN INI DITERIMA OLEH ALLAH.
SEMOGA HARI RAYA YANG AKAN MENJELMA NANTI DIGUNAKAN SEBAGAI RUANG UNTUK MEMPERKUKUHKAN IKATAN SILATURRAHIM DI KALANGAN WARGA VS DENGAN MEMBUDAYAKAN AMALAN ZIARAH MENZIRAHI ANTARA SATU SAMA LAIN.

Wednesday, September 1, 2010

kawalan keselamatan semasa cuti panjang Hari Raya

Syarikat Keselamatan bersetuju untuk menambah seorang lagi pegawal keselamatan (jadi 4 orang) untuk membuat kawalan di Vila Suria pada waktu malam mulai Khamis hadapan. Tambahan seorang itu adalah percuma untuk tempoh seminggu.
Di samping itu, Pengerusi PPVS telah menghantar surat kepada Ketua Polis Daerah Seremban memaklumkan kegiatan kecurian di VS. Nampaknya pihak OCPD telah memberi respons positif surat tersebut dengan meningkatkan rondaan unit MPVnya di VS serta akan meletakkan sebuah peti lawatan polis di VS.
Pihak Persatuan juga telah meminta pihak syarikat sekuriti memperketatkan kawalan di pintu masuk dan tidak membenarkan kereta luar masuk melainkan mendapat kebenaran dari tuan rumah. Larangan ini berkuat kuasa dalam masa seminggu cuti hari raya. Justeru itu, penduduk VS hendaklah memaklumkan kepada pihak keselamatan sekiranya ada orang luar ingin datang ke rumah mereka atau terdapatnya kerja-kerja kontrek dijalankan.