Sunday, March 6, 2011

MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG PPVS 2011

Ahli Persatuan Pemilik dan Penduduk Vila Suria
Tuan/ Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG 2011

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung bagi Persatuan Pemilik Vila Suria akan diadakan pada hari Ahad, 20 Mac 2011 Jam 9.30 pagi di Padang Taman Permainan Kanak-kanak Vila Suria, Bandar Warisan Puteri.
Agenda:

1. Menerima laporan Jawatankuasa Mesyuarat Persatuan tahun 2010/2011.

2. Menerima laporan Bendahari dan Penyata Kewangan yang diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2010.

3. Pembubaran Jawatankuasa sedia ada.

4. Pelantikan Ahli Jawatankuasa baru.

5. Pelantikan Juruaudit bagi tahun 2011/2012.

6. Perbincangan Usul.

7. Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan.


(NOTIS MESYUARAT DAN LAPORAN TAHUNAN PPVS AKAN DIEDARKAN KEPADA SEMUA PEMILIK VILA SURIA)