Tuesday, November 15, 2011

Kunjungan mesra wakil Taman Amethyst ke Vila Suria

Pada 14 November, 2011 satu pertemuan antara wakil penduduk Taman Amethyst dengan AJK Persatuan Pemilik Vila Suria telah diadakan di surau Vila Suria. Pertemuan yang diatur oleh Ustaz Kamal Shahril bermula jam 9.00 malam dengan dihadiri oleh Wan Amran, Khairul Isma dan Hafiz bagi pihak Taman Amethyst. Manakala PPVS diwakili oleh Pengerusi sendiri dan beberapa orang AJK. Hadir sama, Prof. Madya Abdul Halim, mantan pengerusi.

Dalam pertemuan tersebut, kami dapat mengenali antara satu sama lain dan bertukar-tukar pandangan. Antara isu utama yang dibincangkan ialah tentang keselamatan dan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil. Kami dimaklumkan, sejak lebih setahun didiami sebanyak lapan kes kejadian pecah rumah dilaporkan. Semuanya berlaku pada waktu siang. Kejadian terbaru adalah pada bulan lepas, melilbatkan tiga buah rumah. Diharapkan sesi perkongsian pengalaman Vila Suria sebagai 'abang' dapat membantu mereka menyelesaikan masalah dihadapi.



Semoga kemesraan yang mula terjalin akan menguatkan perpaduan dalam kalangan komuniti Bandar Warisan Puteri.