Alhamdulillah, di atas kerjasama yang padu dari penduduk Vila Suria, Mesyuarat Agong Persatuan Pemilik Vila Suria telah dapat diadakan pada 7 Mac 2010. Dalam mesyuarat tersebut telah diadakan pemilihan jawatan AJK baru. En. Hamdan bin Sumat telah dipilih sekali lagi sebagai Pengerusi Persatuan. Bagaimanapun, En. Hamdan dan Cik An-Nur di atas faktor tertentu telah menghantar surat perletakan jawatannya sebagai pengerusi dan bendahari persatuan. Dengan itu, satu mesyuarat AJK telah diadakan pada 25 April bagi memilih Pengerusi, Naib Pengerusi dan Bendahari yang baru. Mesyuarat bersetuju memilih Prof Madya Abdul Halim bin Ramli sebagai Pengerusi, En. Yusof bin Abdollah, Naib Pengerusi dan En. Ahmad Syahrir bin Omarudin sebagai Bendahari (menggantikan Cik An Nur). Mesyuarat juga telah bersetuju melantik beberapa orang sebagai AJK tambahan dan menentukan bidang tugas setiap AJK yang dilantik.
Mesyuarat telah berbincang dengan panjang lebar bagi menentukan hala tuju persatuan dan merangka beberapa program/aktiviti bagi menterjemahkan hasrat persatuan bagi menjadi wadah penyatuan, permuafakatan, perpaduan dan mahabah di kalangan warga Vila Suria.
AJK bersetuju mengambil beberapa langkah awal, antaranya:
1. Pertemuan dengan pihak Keselamatan yang akan diadakan pada 27 April bagi membincangkan beberapa isu mengenal hal keselamatan di Vila Suria.
2. Meningkatkan rasa kebertanggungjawaban ahli untuk membayar yuran tahunan seperti yang telah ditetapkan.
3. Menerbitkan buletin dan mewujudkan blog sebagai wadah penyaluran informasi persatuan dan aktiviti penduduk di Vila Suria.
4. Mengadakan program Suai Mesra bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan kenal mengenal di kalangan warga Vila Suria.
Salam. Terima kasih Dr Halim kerana akhiirnya dapat menyedia forum ini. Juga kepada Us Hisham kerna mewar warkan dalam blog beliau. Baru tahu 13/5. Mungkin bole dibuat Banner utk menghebahkan kewujudan laman blog ini. Sukses utk Persatuan. Terimakasih..Azmi612
ReplyDelete