Penduduk Vila Suria diminta untuk menjaga kebersihan persekitaran TAMAN bagi menjaga identiti Vila Suria yang bersih, harmoni dan conducive. Untuk mencapai matlamat ini, kerjasama pemilik diharapkan bagi mempastikan agar sampah sarap tidak bertaburan di sana sini dan persekitaran rumah dapat diurus dengan cara yang baik. Fahami makna tersurat dan tersirat dari Hadis ini:
Rasulullah bersabda:
“Aku lihat seorang lelaki sedang bersiar-siar di dalam syurga kerana sebatang pokok yang dipotongnya di tengah-tengah jalan, yang mana pokok tersebut sering menyusahkan kaum Muslimin yang lalu lintas di situ".
(Hadis Riwayat Muslim)
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSebagai tambahan, bulan lepas saya mengutip dan membuang cermin muka yang dah pecah, diletakkan tepi tembok!! Tak tahu siapa punya kerja? Pasti bertentangan sekali dengan saranan hadis tadi.
Tentang kebersihan, saya yakin setiap tuan rumah akan menjaga kawasan rumah, memang itu kewajipan masing-masing.
Apa yang saya bimbangkan ialah kawasan yang tidak dinaungi oleh sesiapa. Contoh; taman permainan (walaupun ramai kanak-kanak mengunjunginya!), kolam JPS, sekitar tembok (luar dan dalam)dsb. Cadangan; AJK anjurkan gotong royong untuk membersih dan menceria taman serta banteras aedes. Tak payah fikirkan yang 'grand', kumpulkan sesiapa yang berkesempatan, terus ON.Sekadar cadangan...
Wassalam.
salam,
ReplyDeletesaya setuju saranan ust azzahar. kalau tiada hambatan masa, saya ON sahaja.