Wednesday, August 18, 2010

vila suria diceroboh lagi....

Vila Suria 17 Ogos. Dipercayai sekitar antara pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, dua buah rumah penduduk Vila Suria telah dipecah masuk. Kedua-dua buah rumah tersebut telah dipecah masuk oleh pencuri dipercayai dilakukan oleh dua orang melalui pintu di bahagian dapur dengan mengunting grill menggunakan cutter. Wakil Persatuan Penduduk VS telah mengunjungi kedua-dua buah rumah tersebut dan membuat kesimpulan bahawa pencuri tersebut telah memerhatikan pergerakan mangsa sebelum melakukan kegiatan tersebut. Persatuan melahirkan perasaan dukacita kerana ia dilakukan di waktu siang dan kedudukan rumah mangsa yang berhampiran dengan taman permainan dan agak terbuka. Persatuan telah mengarahkan pihak keselamatan VS memperketatkan lagi kawalan keselamatan terutama di pintu masuk dan membuat rondaan di kawasan perumahan. Phak Persatuan prihatin terhadap aduan penduduk mengenai mutu kawalan keselamatan dan telah memberi surat peringatan kepada syarikat berkenaan supaya meningkatkan mutu perkhidmatan mereka bagi menjamin keselamatan penduduk. Persatuan memohan kerja sama dari semua penduduk meningkatkan ciri-ciri keselamatan di rumah masing-masing terutama pada cuti panjang hari raya nanti dan sentiasa alert jika ternampak individu dan pergerakan kenderaan yang mencurigakan dengan melaporkan kepada pengawal keselamatan bertugas.

1 comment:

  1. dah guard mengarut memang lah kena cerobohhh.
    HAHA
    cari lah den~~

    ReplyDelete