Wednesday, September 1, 2010

kawalan keselamatan semasa cuti panjang Hari Raya

Syarikat Keselamatan bersetuju untuk menambah seorang lagi pegawal keselamatan (jadi 4 orang) untuk membuat kawalan di Vila Suria pada waktu malam mulai Khamis hadapan. Tambahan seorang itu adalah percuma untuk tempoh seminggu.
Di samping itu, Pengerusi PPVS telah menghantar surat kepada Ketua Polis Daerah Seremban memaklumkan kegiatan kecurian di VS. Nampaknya pihak OCPD telah memberi respons positif surat tersebut dengan meningkatkan rondaan unit MPVnya di VS serta akan meletakkan sebuah peti lawatan polis di VS.
Pihak Persatuan juga telah meminta pihak syarikat sekuriti memperketatkan kawalan di pintu masuk dan tidak membenarkan kereta luar masuk melainkan mendapat kebenaran dari tuan rumah. Larangan ini berkuat kuasa dalam masa seminggu cuti hari raya. Justeru itu, penduduk VS hendaklah memaklumkan kepada pihak keselamatan sekiranya ada orang luar ingin datang ke rumah mereka atau terdapatnya kerja-kerja kontrek dijalankan.

No comments:

Post a Comment