Saturday, January 29, 2011

KAUNTER PEMBAYARAN YURAN DAN PENGAMBILAN KAD 'TOUCH & GO'

Kepada

Penduduk/Pemilik Vila Suria
Tuan/puan,

Pihak Persatuan akan membuka Kaunter bagi memudahkan semua penduduk Vila Suria membayar yuran dan mendapatkan kad 'touch & go" (iaitu bagi mereka yang telah menjelaskan yuran). Maklumat Kaunter tersebut seperti di bawah:

Tarikh: 30 Januari 2011 (AHAD).
Masa: 9.00 a.m. hingga 12.30 p.m.
Tempat: Pos Kawalan Keselamatan di Pintu Masuk Utama.

Pihak Persatuan PVS ingin memaklumkan bahawa bayaran untuk 2 kad 'touch & go' tersebut ialah sebanyak RM50 dan Kad tambahan seterusnya adalah RM40. Bayaran ini adalah untuk menampung sebahagian kos pemasangan Barrier Gate yang baru. Kad tersebut akan digunakan sampai bila-bila dan perlu diperbaharui enam bulan sekali atau setahun sekali mengikut bayaran yuran yang tuan/puan telah jelaskan.

Penduduk Vila Suria dikehendaki menggunakan laluan Barrier Gate Touch & Go, manakala laluan gate lama adalah dikhususkan untuk Pelawat sahaja.
Bagi melancarkan laluan masuk ke Vila Suria, tuan/puan dinasihatkan mendapatkan kad tersebut dengan kadar segera pada tarikh tersebut.

PERHATIAN: Penggunaan Kad Touch & Go akan dikuat kuasakan pada pertengahan Februari 2011. Ini bermakna mereka yang tidak mempunyai kad tersebut perlu mendaftar setiap kali masuk mengiku pintu gate Pelawat.

Pihak Persatuan berharap semua penduduk memahami rasional di sebalik penguatkuasaan kad 'Touch & Go' tersebut bagi meningkatkan tahap keselamatan dan memberi keadilan kepada semua pihak. Pemasangan Barrier Gate dengan Touch & Go merupakan resolusi yang diputuskan melalui Mesyuarat Agong PPVS ke 2 pada 7 Mac 2010.

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT

3 comments:

  1. salam..ada pertanyaan tentang pembayaran yuran dan kad touch n go...RM 300 + rm 50...semua sekali 350 ye??

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...weekend saya balik ke vila suria...dah ada guna "access card".... memang terbaik...so kawalan keluar masuk boleh dikawal...bagi yang pelawat or yang tiada sticker or kad ... rajin2 la tulis nama kt buku log...ini saya tgk senang2 je lepas masuk ke vila suria...tanpa menulis apa2 ...

    ReplyDelete
  3. Yes, bagi penduduk yang dah bayar - masuk melalui gate penduduk, tapi bagi yang tiada sticker, tak nampak pun mereka kena sign in?

    ReplyDelete