Sunday, May 1, 2011

Kaunter Bayaran Yuran Julai-Disember

Pada 30 April dan 1 Mei, kaunter bayaran yuran telah dibuka bertempat di wakaf atau surau sementara Vila Suria. Menurut En. Fitri, Bendahari Persatuan, sepanjang dua hari tersebut lebih kurang RM5,000 diterima. Kepada sesiapa yang hendak membuat pembayaran, boleh berhubung terus dengan beliau sendiri atau mana-mana AJK. Yang penting, bayaran kepada syarikat kawalan keselamatan dapat dijelaskan dan aktiviti persatuan dapat berjalan dengan lancar.

En. Norazmi, Pengerusi Persatuan yang turut sama berada di kaunter bayaran mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang telah menjelaskan yuran masing-masing. Kerjasama dan persefahaman dari kalangan penduduk amat penting, sesuai dengan moto kita, sepakat membawa berkat.





1 comment:

  1. Terima kasih En Fitri kerana meluangkan masa yg berharga pada 'weekend'Sabtu dan Ahad untuk servis penduduk Vila Suria mengutip yuran PPVS. Semoga usaha ini diberkatiNya. Juga pada Ust Azzahar yang sama sama koordinasikan usaha bersama penduduk-penduduk VS memasang jaring pada wakaf kita. Hanya Allah yg dapat membalas budi baik dan masa tuan tuan sekelian...Azmi 612

    ReplyDelete