Maklumat ini khusus untuk warga VS yang jarang meronda sampai ke belakang.
Pada pagi Khamis 8 Mac lepas, dua keping tembok di Jalan A23 runtuh, akibat hujan yang turun lebat pada malam sebelumnya. Alhamdulillah, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Sebagai langkah awal dan berjaga-jaga JK Keselamatan telah memasang kawat berduri untuk mengelak dari dicerohohi. En. Norazmi, Pengerusi PPVS juga telah memohon bantuan MPS.
Sama-sama kita doakan agar masalah ini tidak berlarutan dan tidak mengundang musibah lain.
No comments:
Post a Comment