1. Gotong royong bagi membersihkan beberapa kawasan di Vila Suria akan diadakan pada 17 Julai ini, bermula pada pukul 8.00 pagi. Pada hari yang sama akan dibuka kaunter untuk memudahkan penghuni Vila Suria menjelaskan yuran bagi bulan Julai-Disember 2010.
2. Sesi taklimat Pengerusi akan diadakan pada tarikh yang sama bagi memberi penjelasan dan dailog dengan penduduk tentang beberapa perkembangan semasa Persatuan.
3. Ceramah Israk dan Mikraj akan diadakan pada malamnya (17 Julai), anjuran bersama dengan Jawatankuasa Pembinaan Surau Vila Suria. Ceramah akan disampaikan oleh Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, pensyarah UiTM Johor yang merupakan seorang penceramah motivasi dan penulis terkenal buku Travelog Haji. Aturcara program bermula pada 7.00 mlm, solat maghrib berjemaah, bertempat di hadapan jalan Warisan Puteri A 23 (tempat cermahan Maulidur Rasul dahulu). Pihak Ahli Jawatankuasa Surau sangat mengalu-alukan sumbangan derma ikhlas dari penduduk Vila Suria bagi menjayakan program ini.
4. Pihak Persatuan sekali lagi merayu penduduk Vila Suria membayar segera yuran keahlian kerana kedudukan kewangan yang semakin kritikal.
5. Pihak Persatuan berharap semua penduduk dapat memperlahankan keenderaan mereka ketika melalui gate keselamatan, kerana baru-baru ini palang gate tersebut telah patah akibat dilanggar secara tidak sengaja. Kos untuk menggantikan palang tersebut adalah RM400. Buat sementara waktu, palang tersebut masih dapat digunakan setelah diperbaiki walaupun tidak berapa kukuh.
No comments:
Post a Comment