Wednesday, April 28, 2010

PERJUMPAAN AJK VILA SURIA DENGAN PIHAK KESELAMATAN

Satu pertemuan dan dailog antara AJK Vila Suria dengan syarikat keselamatan yang bertanggungjawab mengawal keselamatan penduduk Vila Suria telah diadakan pada 27 April 2010, pukul 9.00 malam bertempat di rumah YM Raja Wafa (AJK Keselamatan). Beberapa perkara telah dibangkitkan oleh kedua-dua pihak bagi mempastikan keselamatan penduduk Vila Suria diberi perhatian yang serius. Antara perkara yang dibangkitkan ialah soal kekerapan rondaan keselamatan, pengawalan pos kawalan dan kebajikan pengawal keselamatan. Pertemuan tersebut berjaya menyelesaikan beberapa isu keselamatan. Pihak AJK dan penduduk Vila Suria berharap pihak syarikat keselamatan terbabit dapat meningkatkan tahap profesionalisme mereka bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan hati penduduk Vila Suria.

Monday, April 26, 2010

MAKLUMAT DARI PENGERUSI

Alhamdulillah, di atas kerjasama yang padu dari penduduk Vila Suria, Mesyuarat Agong Persatuan Pemilik Vila Suria telah dapat diadakan pada 7 Mac 2010. Dalam mesyuarat tersebut telah diadakan pemilihan jawatan AJK baru. En. Hamdan bin Sumat telah dipilih sekali lagi sebagai Pengerusi Persatuan. Bagaimanapun, En. Hamdan dan Cik An-Nur di atas faktor tertentu telah menghantar surat perletakan jawatannya sebagai pengerusi dan bendahari persatuan. Dengan itu, satu mesyuarat AJK telah diadakan pada 25 April bagi memilih Pengerusi, Naib Pengerusi dan Bendahari yang baru. Mesyuarat bersetuju memilih Prof Madya Abdul Halim bin Ramli sebagai Pengerusi, En. Yusof bin Abdollah, Naib Pengerusi dan En. Ahmad Syahrir bin Omarudin sebagai Bendahari (menggantikan Cik An Nur). Mesyuarat juga telah bersetuju melantik beberapa orang sebagai AJK tambahan dan menentukan bidang tugas setiap AJK yang dilantik.
Mesyuarat telah berbincang dengan panjang lebar bagi menentukan hala tuju persatuan dan merangka beberapa program/aktiviti bagi menterjemahkan hasrat persatuan bagi menjadi wadah penyatuan, permuafakatan, perpaduan dan mahabah di kalangan warga Vila Suria.
AJK bersetuju mengambil beberapa langkah awal, antaranya:
1. Pertemuan dengan pihak Keselamatan yang akan diadakan pada 27 April bagi membincangkan beberapa isu mengenal hal keselamatan di Vila Suria.
2. Meningkatkan rasa kebertanggungjawaban ahli untuk membayar yuran tahunan seperti yang telah ditetapkan.
3. Menerbitkan buletin dan mewujudkan blog sebagai wadah penyaluran informasi persatuan dan aktiviti penduduk di Vila Suria.
4. Mengadakan program Suai Mesra bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan kenal mengenal di kalangan warga Vila Suria.