Saturday, March 24, 2012

Promosi Mesyuarat Agung PPVS

Lagi tentang Mesyuarat Agung pada 1 April (Ahad) akan datang.

Banner dan bunting telah dipasang 10 hari sebelum mesyuarat
Surat telah diedarkan 15 hari sebelum mesyuarat.
Selamat bertemu pada hari  mesyuarat

Jelas kelihatan banner, bunting dan notis di laluan masuk sebagai peringatan. 

Biasa la banner macam ni..

Memang serius...

Yang ini pula, khusus untuk penduduk yang belum
(terutamanya yang 'liat') menjelaskan yuran persatuan.


Monday, March 12, 2012

Tembok kita runtuh!

Maklumat ini khusus untuk warga VS yang jarang meronda sampai ke belakang.

Pada pagi Khamis 8 Mac lepas, dua keping tembok di Jalan A23 runtuh, akibat hujan yang turun lebat pada malam sebelumnya. Alhamdulillah, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Sebagai langkah awal dan berjaga-jaga JK Keselamatan telah memasang kawat berduri untuk mengelak dari dicerohohi. En. Norazmi, Pengerusi PPVS juga telah memohon bantuan MPS.

Sama-sama kita doakan agar masalah ini tidak berlarutan dan tidak mengundang musibah lain.