Monday, October 11, 2010

MAJLIS PERKAHWINAN ANAKNDA EN. MD YUSOF












Majlis kenduri sempena perkahwinan anaknda En Md. Yusof (Tim. Pengerusi PPVS), iaitu Mohd Hisyamuddin dan pasangannya Noorahikin berlangsung dalam suasana yang cukup meriah semalam (10/10/10). Kira-kira 1500 jemputan telah hadir ke majlis tersebut. Bagi melancarkan perjalanan Majlis tersebut, tuan rumah turut dibantu oleh jiran tertangga dan AJK PPSV. Terima kasih diucapkan kepada pihak keselamatan Vila Suria dan anggota Rela bertugas yang telah melancarkan perjalanan lalu lintas di VS. Pihak PPVS juga mengucapkan tahniah kepada keluarga En. Md. Yusof kerana menerima menantu yang pertama, semoga ikatan perkahwinan yang dibina kekal sampai bila-bila dan aman bahagia.




Saturday, October 9, 2010

SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA VILA SURIA
















Alhamdulillah, Majlis Sambutan Hari Raya Vila Suria yang berlangsung pada 2 Oktober lalu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk Vila Suria. Majlis tersebut berjaya menjadi wahana untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama penduduk, dengan melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh warga VS dan peluang untuk mengenali antara satu sama lain. Insyallah, majlis sedemikian akan terus diadakan pada masa hadapan. Dalam kesempatan ini, pihak persatuan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang tenaga, wang ringgit dan makanan bagi menjayakan majlis tersebut. Semoga pengorbanan yang dilakukan diterima sebagai amal soleh. Sekiranya terdapat kelemahan dalam majlis tersebut, pihak persatuan memohon maaf.