Saturday, August 6, 2011

Pemergian Hj. Mohamad ke Rahmatullah

Seluruh warga Vila Suria mengucapkan takziah kepada saudara Hasnul Hisham b. Mohamad (No. 613) dan keluarga atas pemergian ayahandanya Tn. Hj. Mohamad b. A. Bakar ke rahmatullah pada hari Sabtu 6 Ogos 2011. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 1.30 pagi di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) setelah dimasukkan ke wad sejak Selasa lepas.

En. Norazmi, Pengerusi PPVS bersama En. Yusof telah berada di HTJ seawal 3.30 pagi bagi membantu menguruskan jenazah. Jamaah surau yang dimaklumkan tentang pemergian tersebut telah mengunjungi rumah arwah sejurus selepas kuliah subuh untuk mengucapkan takziah kepada waris dan bertahlil.


Memandangkan bilangan hadirin yang ramai, solat jenazah disempurnakan di Surau Al-Hidayah BWP dengan diimamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Hj. Hishamuddin bin Mansor.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh Allahyarham dan mengurniakan kesabaran kepada keluarganya yang ditinggalkan. Al-Fatihah...

Untuk lebih mengenali arwah, klik di sini