Sunday, May 22, 2011

Laporan Gotong Royong Mini


Seperti dijadualkan, gotong royong mini telah berjalan lancar pada hari Ahad 22 Mei. bermula jam 8.15 pagi dengan kehadiran lebih kurang 30 orang dari kalangan dewasa dan kanak-kanak. Sesi pertama adalah membersihkan laluan utama dalam taman daripada pasir dan batu. Tepat jam 10.00 sesi pertama berhenti rehat untuk menikmati sarapan di surau.

Sesi kedua diteruskan dengan membuat pemeriksaan ke atas pagar sempadan lebuhraya LEKAS. Tiga lubang besar ditemui menembusi pagar dan dipercayai menjadi laluan utama untuk menceroboh taman Vila Suria. Lubang-lubang tersebut telah ditutup menggunakan kawat duri.

En. Azmi, selaku Pengerusi Persatuan Pemilik Vila Suria mengucapkan terima kasih kepada para penduduk yang turut serta menjayakan gotong royong pertama ini. Gotong royong kedua dijangka akan diadakan pada bulan Julai kelak.




















Saturday, May 21, 2011

Walimatul Urus

Jemputan ke Majlis Perkahwinan
di rumah Al-Fadhil Ustaz Mohd. Fadzli bin Abu Bakar
No. 587 pada 29 Mei (Ahad).

Meraikan adiknya
Mohd Faridz bin Abu Bakar
dengan pasangannya
Siti Nor Dayana bt. Mohammad Noh

Semua warga Vila Suria dijemput hadir.











Gotong Royong Mini

Untuk keceriaan, keselesaan dan keselamatan warga VS dan para pengunjung, satu gotong royong membersihkan batu dan pasir di laluan utama (Jalan A16) akan diadakan pada 22 Mei (Ahad). Kewujudan pasir dan batu tersebut bukan sahaja mencacatkan pemandangan, juga turut berbahaya kepada penunggang motosikal dan basikal.

Warga VS yang berkelapangan dijemput untuk turut serta. Mula berkumpul di perkarangan Surau VS pada jam 8.00 pagi untuk sesi taklimat dan pembahagian tugas. Jika peserta ramai, mungkin kawasan gotong royong akan diperluaskan.

Sila bawa bersama peralatan yang sesuai seperti penyapu kasar, penyodok tanah, kereta sorong dsb.

Jamuan ringan disediakan.


Pasir dan batu yang dimaksudkan.

Mencacatkan pemandangan

Berbahaya... Buat sesuatu sebelum kemalangan berlaku












Sunday, May 15, 2011

Mesyuarat AJK

Mesyuarat AJK Persatuan Pemilik Vila Suria Bil.02/2011

Tarikh: 20 Mei 2011
Hari: Jumaat
Masa: 9.30 malam
Tempat: Surau Vila Suria

1. Semua AJK dijemput hadir.
2. Penduduk yang ada isu atau cadangan berkaitan taman, boleh sampaikan kepada AJK untuk dipanjangkan dalam mesyuarat. Atau email ke; vilasuriabwp@gmail.com

Sunday, May 1, 2011

Kaunter Bayaran Yuran Julai-Disember

Pada 30 April dan 1 Mei, kaunter bayaran yuran telah dibuka bertempat di wakaf atau surau sementara Vila Suria. Menurut En. Fitri, Bendahari Persatuan, sepanjang dua hari tersebut lebih kurang RM5,000 diterima. Kepada sesiapa yang hendak membuat pembayaran, boleh berhubung terus dengan beliau sendiri atau mana-mana AJK. Yang penting, bayaran kepada syarikat kawalan keselamatan dapat dijelaskan dan aktiviti persatuan dapat berjalan dengan lancar.

En. Norazmi, Pengerusi Persatuan yang turut sama berada di kaunter bayaran mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang telah menjelaskan yuran masing-masing. Kerjasama dan persefahaman dari kalangan penduduk amat penting, sesuai dengan moto kita, sepakat membawa berkat.