Thursday, May 27, 2010

MAKLUMAT TERKINI PEMBINAAN SURAU VILA SURIA

Tapak cadangan pembinaan surau Vila Suria ialah di Jalan A23 (seperti dalam gambar). Menurut Ustaz Azzahar b. Abdul Aziz (Pengerusi J/K Pembinaan Surau Vila Suria) pemohonan untuk mendapat kebenaran bagi membina sebuah surau di tapak yang dinyatakan telahpun diluluskan oleh Pejabat Mufti Kerajaan N. Sembilan. Proses seterusnya adalah untuk merizabkan tanah tersebut yang mengambil masa sekurang-kurangnya satu tahun (berdasarkan pengalaman lalu). Sementara menunggu proses tersebut, surat kebenaran untuk mengutip derma bagi tujuan pembinaan akan dihantar ke Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, Jabatan Agama Negeri Sembilan. Di samping itu, pihak J/K juga akan mengemukakan permohonan kepada Bahagian Pembangunan Negeri SUK, bagi tujuan memohon peruntukan.
**Pihak Persatuan Vila Suria mengucapkan terima kasih kepada J/K Pembinaan Vila Suria kerana usaha gigih mereka bagi melihat pembinaan surau dapat direalisasikan. Pihak Persatuan berharap semua penduduk Vila Suria yang beragama Islam dapat menyokong usaha murni ini dengan sama-sama memberi sumbangan/sedeqah/wakaf agar surau kita dapat dibina dalam masa yang cepat**.
Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa-apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat) pada hal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu) kecuali dengan memejamkan mata padanya. Ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji (Al-Baqarah 3: 267)".
"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui "(al-Imran 4: 92).
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud" Apabila mati seseorang manusia maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sadaqah jariah (wakaf), ilmu yang memberi manfaat atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya" (Hadis Riwayat Muslim).
Untuk keterangan lanjut pembinaan surau hubungi:

Ustaz Azzahar Abd Aziz
No. 665, Vila Suria.
E-Mel: azzaharaziz@gmail.com

1 comment:

  1. Salam.
    Terkini, hasil perbincangan Us. Hj. Hishamudin AJK Pembinaan Surau VS dengan Us. Selamat Paigo, KPP Pengurusan Masjid dan Surau, kebenaran mengutip derma hanya akan diberi apabila lot tersebut telah dirizabkan untuk surau. Sama-sama kita doakan agar urusan dipermudahkan.
    Sekian untuk makluman semua.
    Wassalam.

    ReplyDelete