Friday, July 23, 2010

program gotong royong penduduk Vila Suria













Program gotong royong membersihkan kawasan persekitaran VS dan menanam pokok kelapa dan buah-buahan telah di adakan di Vila Suria pada hari Sabtu 17 Julai. Kira-kira 30 orang penduduk Vila Suria telah menyertai acara gotong royong yang bukan sahaja bertujuan untuk membersihkan persekitaran VS tetapi yang lebih penting adalah untuk mengeratkan hubungan silatur rahim di kalangan penduduk VS. Pihak J/K Persatuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan sumbangan yang diberikan. Insyaallah program sebegini akan diteruskan pada masa hadapan, di samping program lain akan disusun bagi memberi ruang kepada penduduk VS beramah mesra di antara satu sama lain. Dalam program tersebut, kaunter yuran VS turut dibuka bagi memudahkan penduduk membuat bayaran Yuran keselamatan.










1 comment:

  1. Salam.
    Tahniah! Saya minta maaf, hanya dapat hadir sesi taklimat sahaja. Laluan masuk ke VS dah nampak ceria. Syukran...

    ReplyDelete