Friday, December 17, 2010

MESYUARAT AJK VILA SURIA KE-9

Mesyuarat AJK Persatuan Pemilik Vila Suria kali ke-9 telah diadakan pada 16 Disember, bertempat di rumah Pn. Aisyahwati. Mesyuarat kali ini menumpukan kepada pemilihan Syarikat Kawalan Keselamatan yang akan mengawal keselamatan di Vila Suria pada tahun 2011. Terdapat empat syarikat Kawalan Keselamatan yang menghantar profile dan proposal masing-masing untuk pertimbangan AJK. Ahli Mesyuarat telah mencapai konsensus untuk memilih satu syarikat yang dirasakan dapat memberikan perkhidmatan yang baik dan memenuhi kehendak penduduk.

Mesyuarat turut membincangkan pembayaran yuran ahli untuk tahun 2011. Bagi penduduk yang mempunyai tunggakan yuran, satu surat peringatan telahpun dihantar kepada mereka.

Persatuan amat mengharapkan semua ahli dapat membayar yuran keahlian mulai dari sekarang dan stiker baru residensi VS akan mulai dikuat kuasakan mulai bulan Januari 2011.








No comments:

Post a Comment