Wednesday, January 5, 2011

NOTIS BAYARAN YURAN 2011 PPVS

Tuan/Puan,

BAYARAN YURAN UNTUK TAHUN 2011

1.Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita diingatkan bahawa setiap pemilik Vila Suria telah bersetuju untuk membayar yuran bulanan sebanyak RM50. Sebahagian besar kutipan yuran adalah untuk menampung kos perkhidmatan pengawal keselamatan dan bakinya adalah untuk aktiviti-aktiviti Persatuan.

3.Sehubungan itu, bayaran yuran keahlian untuk tahun 2011 boleh dibuat mulai awal Januari 2011 melalui;

I. En. Ahmad Syahrir bin Omarudin, Bendahari (No. 537, H/P:019-2522568)
ii. Pn. Aishawati bt. Saad, Setiausaha No. 662, H/P: 014-2328138)
iii.En. Mohd. Yusof bin Abdollah, Tim. Pengerusi (No. 589, H/P: 013-3944017)
iv. PM Hj. Abd. Halim bin Ramli, Pengerusi (No. 636, H/P: 019-7443185)
v. Bank in ke dalam akaun Bank Islam atas nama Persatuan Pemilik Vila Suria
No. Akaun 05012010068576 (Sila kemukakan slip bayaran kepada Bendahari)


4.Setiap pemilik/penduduk yang menjelaskan yuran keahlian 2011 akan diberikan stiker baru, iaitu 2 untuk kereta dan 1 stiker untuk ditampalkan di hadapan/pagar rumah.

5. Penguatkuasaan stiker baru akan dibuat mulai awal Februari 2011. Justeru itu, untuk mengelakkan sebarang kesulitan, tuan/puan diminta menjelaskan dengan kadar segera bayaran yuran tersebut.

6. Pihak Persatuan telah melantik syarikat Keselamatan baru iaitu Syarikal KAWAL N.S. bagi menggantikan syarikat XC Command. Pihak Persatuan memohon kerja sama dari tuan/puan mematuhi arahan/peraturan yang dikeluarkan oleh pengawal keselamatan hasil dari maklum balas dari penduduk dan pihak Persatuan.

7. Sebarang komen atau cadangan untuk memperbaiki mutu kawalan keselamatan boleh diajukan kepada Pengerusi dan AJK Keselamatan (Raja Wafa).

3 comments:

  1. Cadangan,

    Senaraikan nombor rumah yg belum bayar dalam blog sebagai reminder.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, saya cuma ingin menarik perhatian ajk serta warga vs mengenai kawalan keselamatan serta fungsi post pengawal di bahagian belakang kawasan vs. Apa yang saya tahu mulai tahun baru 2011 semenjak pertukaran perkhidmatan syarikat baru. Apakah tindakan bagi masalah tersebut kerana masih berlaku kejadian pecah rumah sedangkan ada "jaga" yg sepatutnya ber"jaga" di tempat tertentu. Adakah kami patut berjaga sedangkan ada "jaga" yg telah di bayar oleh saya serta penduduk lain. Apa fungsi "jaga" itu sendiri? Saya juga ada perubahan supaya kawasan kita menjadi tempat yg sifar pecah rumah dan betul-betul selamat untuk saya dan keluarga untuk tinggal di sini. Tolonglah....adakan perubahan ini secepat mungkin.....semoga berbaloi setiap "rm" yang disumbangkan. Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Kepada pu3yusni khasnya dan warga VS amnya. berikut adalah respon saya, agak panjang.

    http://rijalunsodaqu.wordpress.com/2011/02/07/kawalan-keselamatan-di-vila-suria/

    Terima kasih.

    ReplyDelete