Tuesday, May 1, 2012

Rondaan Malam

Gambar Hiasan: Skim Rondaan Sukarela (SRS)
Sejak kebelakangan ini taman kita sering menjadi tumpuan beberapa individu yang ingin hidup senang dengan cara mudah dan atas titik peluh orang lain. Bermula dengan rumah Kak Siti, esoknya rumah En. Richard dan kemudiannya beberapa cubaan untuk menceroboh atau individu yang mencurigakan.

Terima kasih kepada Penyelia Taman (PT) yang telah berusaha mengawal laluan masuk utama dan membuat rondaan bagi mencegah kejadian yang tidak diingini. Pastinya kemampuan mereka amat terbatas memandangkan kawasan taman kita yang agak luas dan ditambah dengan kelicikan penceroboh meloloskan diri.

Sebagai langkah berjaga-jaga, PPVS mengajak seluruh warga VS agar menyertai rondaan secara sukarela pada waktu malam bermula jam 1.00 pagi hingga 5.00 pagi. Setakat ini empat kali rondaan telah dijalankan dengan purata kehadiran seramai 8-10 orang. Lebih memberansangkan ia turut melibatkan anak-anak remaja. Syabas!

Kepada semua warga VS diharap dapat melapangkan masa sehari dua dalam sebulan untuk menyertai rondaan malam ini. Penyelarasnya adalah En. Shah, Ketua JK Keselamatan (012-6796490) atau En. Norazmi, Pengerusi persatuan (019-6219766) dan tempat berkumpul adalah di surau VS.

Semoga dengan rondaan malam ini kita dapat membendung pencerobohan dan mengeratkan hubungan dalam kalangan warga VS. Sama-sama kita terus membayar yuran, menyertai rondaan dan berdoa kepada Allah...

No comments:

Post a Comment